kaum wanita sila titiskan air mata, kaum lelaki, sila tutup tetingkap internet explorer atau mozilla anda. dan sila dapatkan ubat panadol active5 drpd kedai 7eleven yang berdekatan. aku syg awek aku dol. sorry bro terjiwang.
juliet ; hey romeo
romeo ; aku cinta kan kau juliet. benar hingga hujung nyawa aku.
kamu semua pernah dengar percintaan romeo dan juliet?
kamu yang pernah pasti tahu keindahan cinta mereka.
jika kamu tahu, maafkan saya.
ini kerana kamu perlu mencemburui saya.
saya punyai juliet yang sangat memahami dan mencintai saya.
dan yang pasti saya juga merasakan begitu terhadap juliet saya.
walaupun kita pernah berbeza pendapat.
kita pernah memaki caci.
kita pernah bermasam muka.
kita pernah memutuskan perhubungan seketika.
aku tau bahawa kau buat itu semua kerana sayang kau kepada aku.
apakah erti cinta jika sekadar aku suka kau, kau suka aku.
bosan bukan?
kita bukanlah manusia sempurna.
terima lah dia seadanya.
terima kasih juliet kerana menerima aku.
kepada julietku,
tiada lafaz lagi perlu aku ungkapkan.
kau tahu aku sayangkan kau bukan?
kau tahu aku rindui kau bukan?
kau tahu aku suka segala yang ada pada dirimu bukan?
dan satu yang pasti,
kau tahu aku cintakan kau bukan?
juliet,
mungkin sudah bosan kau mendengar,
sudah jelik kau membaca,
sudah muak kau menelan,
namun aku suka bila berkata,
aku cinta kan kau juliet.
sebelum aku putus nafas,
sebelum aku bermandi kan air wangi-wangian,
sebelum aku di usung saudara mara ku,
sebelum aku berbaring enam kaki di dalam perut bumi,
akan ku gunakan sebaik mungkin masa ku hanya untuk mencintai juliet.
kamu di luar mungkin merasakan cintaku ini terlebih-lebih,
sedangkan org berkahwin boleh berpisah,
masakan orang baru mentah bercinta,
tetapi bagiku, cinta kami mmg indah,
dan bakal berbunga suatu masa nanti.
kami saling melengkapi satu sama yang lain.
kami bagaikan udara bagi kehidupan,
ataupun air kepada akar2 pokok,
mahupun cahaya kepada tumbuh-tumbuhan.
ketika aku berjauhan, juliet terkapai-kapai mencari udaranya.
maafkan aku juliet.
mungkin kamu semua benci membaca coretan hari hariku ini.
benci bukan bila kata-kataku hanya untuk julietku.
namun bukan pilihanku untuk memaksa kamu membaca tulisan ku ini.
kamu bisa membuat pilihan masing-masing.
kepada yang belum pernah melihat julietku.
aku lekatkan di sini gambar nya.
akhir kata buat julietku,
aku cinta kau.
kau cintakan aku juga bukan?
p/s ; maaf malam ini saya jiwang ;)
Monday, February 23, 2009
romeo dan juliet
dicoret oleh irsyad fauzi at 7:37 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
wekh..jiwang syalll...hahaha..
Post a Comment